Friday, March 20, 2015

REVIEW E-DAY HANTARAN

Assalamualaikum..

Review E-Day Hantaran? Dah 5 bulan baru nak update ye Cik Ena?? Nampak nau pemalasnye tu oii!! T_T Bukan apa asal nak update ada je urusan plus kan cam takde idea nak tulis. Ni pun ntah apa2 karang Ena merapu meraban.. Korang layankan jela eh. Tetap nak buat entry jugak. Buat kenangan hari tua nanti.. *kot2 la belum nyanyuk* bahahaha.. 

Start je dari merisik time Raya tahun lepas nak membawak tunang bulan 10 tu ada la lebih kurang 2 bulan. Dari situ dah sikit2 mula cari barang hantaran tunang. Mula2 kami decide nak bagi hantaran 5 berbalas 7 saje. Tapi bila discuss2 kakak2 En Tunang cakap sikit sangat. So kami pun tambah la jadi hantaran 7 berbalas 9. Iols is bajet ok. Sangat bajet! *gile kedek rupanya aku ni* Plan kami barang2 hantaran nak bagi manisan n makanan je plus sikit2 barang diri. Pastu Ena siap bgtau En Tunang *time tu En Cinta Hati la kan* 'U,kita tunang nanti buat simple2 je tau. Hantaran lebihkan makanan n nanti time nikah dah tak payah bagi hantaran lagi'.. Gitu ko. Tanjat En Tunang time siap tanya betul ke Ena tak barang hantaran dah time nikah nanti. Macam bukan Ena je tu?? haha.. Family n close friend pun cam tak percaya Ena minta gitu. huhu.. Yes, memang betul Ena tak nak. Bukan sebab terlampau bajet tapi Ena malas nak serabot kepala fikir nak bagi apa, design camne. Koser mak nok! ahahaha.. Jadinya cukup la barang hantaran time tunang ni saje. Ni pun dah cukup buat Ena pening..

Amboi panjang betul mukadimah. haha.. Barang hantaran Ena gubah sendiri. Mula2 Ena buat pastu mak yg touch up. Confirm mak buat lagi cantik. Ena buat ala kadar je.. *dasar tangan kayu* Barang Hantaran En Tunang kak long dia yg buat dibantu kakak2. Alhamdulillah baik hantaran tunang sendiri or dari En Tunang, kedua2nya Ena sangat puas hati =) Dah la meh cerita pasal hantaran.. 

Hantaran Ena untuk En Tunang 9 dulang. Tema Tiffany blue and white

1) Al-Quran 
Al-Quran ni beli kat kedai buku Minerva Jalan Tar. Beli 2 set sekali untuk hantaran En Tunang. 

2) Jam 
Jam Tissot ni kan kira surprise untuk En Tunang sebenarnya. Tapi surprise tak menjadi. haha.. En Tunang tu bole tahan cerewetnye. Karang pakai beli takot dia tak nak pakai. So hint2 la. Terus tak surprise... T_T Beli online minta tolong kawan study kt UK belikan. Abis duit gaji sebulan kalau beli Tissot kat sini. haha.. *lap peluh*.. Sebenarnyakan beli jam ni sebab dah rasa besalah dengan En Tunang gara2 request cincin rose gold *sila baca di bawah ye ;)* Dah paw baru nak rasa besalah pastu silakan korek duit tabung.. haha.. Padan muka! T_T

3) Perfume
Perfume Davidoff ni faberet Ena sebenarnya. Time cari untuk Ena En Tunang test bau dia bekenan pulak. Maka beli la kami 1 set.. Beli kat Sogo je. Dapat diskaun sikit plus free gift.. hihi

4) Kek
Sehari before hari kejadian p Petaling Street & Floristika Bangsar cari bunga untuk deco mini pelamin. Alang2 dah masuk KL terus singgah Mid Valley. Kek ni memang sedap, cantik pun cantik *matiklah puji sendiri* Beli kat Delectable By Su. 

5) Coklat
Beli kat Jusco Mid Valley sekali harung time cari kek. Memula nak bagi Patchi pastu dah tak koser nak ke Klcc semata2 cari Patchi. Maka cam biasalah Ferrero Rocher sajok! ;)

6) Kuih tat bengkulu
Yang ni kalau orang asal Sg Choh keturunan Bengkulu memang wajib! haha.. Kuih tat ni inti kelapa. Kena la bagi kan, biar En Tunang belajar sikit makanan asli tempat saya. gituuu T_T

7) Buah
Pun beli kat Jusco Mid Valley. Red berry, anggur hijau, plum dengan kiwi. Masa hari kejadian bff ku susun dalam bekas kaca ni.. Warna merah berry tu sangat menggoda! ;)

8) Macaron
Ok lagi sekali Mid Valley semua ada. haha.. Komugi macaron beli 2 pek 1 pek ada 6 biji. Flavor bole pilih sendiri. 

9) Sirih junjung 
Gambar close up nampak bunga biru saje.. hihi.. Sirih junjung tak berapa nak junjung ni kakak ipar sulung yg sponsor. Alhamdulillah. Menetepi tema.. :)

Ok la sempoi je kan. Takde la extravaganza sangat. Ni pun nak pitam dah buat or time *tengok wallet* sebenarnya?? haha.. 

Hantaran En Tunang untuk Ena 7 dulang. Tema hijau, kuning dan putih

1) Al-Quran
Beli sekali dengan Ena punya.



Happy ko muka dapat cincin idaman! 

2) Cincin
Ada cerita disebalik pencarian cincin ni. Cincin ni nak cari cukup payah. Mane tak payah coz Ena request benda susah nak cari *baca: sediakan ongkos lebih* Ena mintak nak cincin rose gold  *mintak ok, mintak!* Macam mana pun nak rose gold jugak tak nak cincin emas kuning, emas putih hatta paltinum sekali pun. Baru ku tahu rupanya aku juga cerewet! haha.. Puas la cari kat Habib - takde langsung rose gold, Poh Kong-ada tapi design tak menarik, Tomei-takde rose gold, and few kedai emas. Finally Ena jumpa dekat Diamond & Platinum kau! Time tu p Shah Alam dengan bos ade urusan dengan bomba. Time lunch singgah jap kat SACC Mall. Kebetulan bos nak cari gelang tangan hadiah birthday isteri dia. Lalu depan depan Diamond & Platinum ni SA dia tegur ajak masuk tengok2. Ena tak berani nak masuk mengenangkan harganya di luar kemampuan. So tak masuk la kan. Sekali time nak lalu tu tengok kat cermin display dia tu ade cincin rose gold. Ohoii happy sangat rasa. Terus patah balik tanya SA tu nak tengak cincin rose gold. SA tu bagi la kan. So Ena amik kesempatan sambil belek sambil tengok price tag! hahaha.. buruk nau perangai. Iols golongan marhaen. Tak mampu nak beli cincin harga sebijik kereta.. T_T Keluar dari Diamond & Platinum punyalah excited terus call En Tunang inform cakap dah jumpa cincin rose gold. Tapi sempat la bgtau harga dia agak mencekik leher. Cincin rose gold ku kalo gadai dapat beg LV sebijik oii! Nangis!! sobsob.. Tapikannnnnn... En Tunang agreed nak beli! Wuhooo time ni dia punya feeling rasa nak jerit kuat2. Selamat bos ade tau.. iols cover2 la sket.. hikhik.. Weekend tu p Diamond & Platinum kat Mid Valley. Thank u En Tunang u memang terbaik!! *puji la sikit kan* kihkih.. 

3) Perfume
Davidoff Cool Water perfume faberet dari zaman study. Haruslah kan nak yg ni jugak untuk tunang. 

4) Jam
Bila En Tunang tau Ena nak bagi dia jam dia pun nak bagi Tissot jugak. Tapi iols kan bakal isteri solehah, tak nak menyusahkan bakal suami.. gituuu *baca: dah rasa bersalah hal cincin* Banyak gak cari2 pasal jam. Mula nak beli online je. Bila pikir tangan kecik takot jam tak sesuai terus cancel. En Tunang kata takpe beli je kat sini. Akhirnya beli jam DKNY, beli kat butik KLCC. Jatuh cinta dengan jam ni sebab kaler rose gold jugak! haha.. 

5) Kek
Sponsor kakak En Tunang. Kek faveret mak Ena, carrot cake. Petang tu lepas setel majlis potong cake sambut besday mak terus. jimat! haha..

6) Coklat
Sama jugak coklat kakak En tunang sponsor. Ena tak dapat rasa pun. Bagi kat sedara2 n anak2 buah je..

7) Sirih Junjung
Ok seriously sirih junjung ni sangat cantik. Pakai fresh flower lagi. Semggu tahan.. :)

Orite.. tu la kisah reviw E-day hantaran Ena. Apa2 pun biarlah kita besederhana dan ikut kemampuan. Yg penting majlis bejalan lancar.. Alhamdulillah.. :)

No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute