Sunday, November 3, 2013

HIGH TASTE

Katanya: High taste dia tu. Tak sama level. Tak seiring sejalan.

Aku high taste?? Serious aku terpana saat diberitahu hal ini. High taste? Aku bertanya diri aku sendiri dari mana datangnya ungkapan itu. Benar kata-kata ini sudah aku dengar dari zaman sekolah, dari zaman tak punya apa. (Sekarang pun masih tak punya apa, tapi aku sedang berusaha). Saat itu aku buat tak endah saja. Tapi kini bila sekali lagi kata 'high taste' itu keluar aku terpempan. Layakkah aku  kata itu? Dan mengapa aku digelar sebegitu. Sahabat setia yg selalu ada saat duka dan tawa menjelaskan maksud kata high taste itu. Katanya mungkin orang melihat aku seperti mahukan sesuatu yg punya nama, yg punya gaya. Seperti aku memandang material atau rupa semata. Bagi sahabat baik yg sudah kenal aku luar dalam mereka paham setiap kata keinginan yg aku suarakan. Mereka tahu beza yg mana aku mahu dan yg mana sekadar kata mulut saja. Tapi bagi mereka yg mengenali aku sekadar cuma cara dan tingkahku menunjukkan kata 'high taste' itu. 

Hmm, terdiam aku tenggelam dalam suasana kerana saat kami berdua duduk meluah rasa hujan turut bersama seakan memahami jiwa lara. Pulang dari sesi bual bicara aku lanjutkan perihal 'high taste' pada seorang lagi sahabat. Dia yg tak pernah aku mencurah rasa juga seakan terkesima sama saat persoalan high taste menerjah. Dia menjelaskan aku tak perlu gusar dengan apa yg mereka perkatakan tentang diri ku. Kerna dia juga tahu segala apa yg aku mahu aku usahakan sendiri, bukan datang dr hasil meminta simpati. Mungkin benar high taste tu ada cirinya pada ku. Tapi bukan utk semua Hal dan suasana. Kata dia aku masih boleh membeli di Jusco, masih boleh makan di kedai kaki lima. Mungkin kerana cara ku berbelanja membuat kan mereka berkata-kata. Sedangkan hakikatnya aku berbelanja ikut kemampuan. Dan apa yg ku pamerkan bukan bertujuan utk menunjuk-nunjuk. Sementara saat ini aku lagi punya perniagaan. Dari sudut perniagaan apa yg aku pamerkan itu adalah sebagai 1 lambang pencapaian ku yg mana aku dapat hasil usaha dan titik peluh ku. Kawan, ingin aku nyatakan aku bukan sengaja mempamerkannya tapi niat ku utk berkongsi kegembiraan dengan kamu semua. Kalau aku boleh memilikinya mengapa tidak kamu? Jangan kata kerana aku mampu sedang kan hakikatnya aku berusaha juga ke arah itu. Aku buat 2 kerja dalam 1 masa, kerja hakiki dan perniagaan ku. Semua hasil dari 2 cabang ini. Aku bukan goyang kaki, bukan juga orang ada2 yg serba serbi tersedia. Aku berusaha utk apa yg aku mahu dan aku tahu kemampuan ku. Kawan, tujuan ku menzahirkan melalui material utk membuktikan yg kau juga bisa. Asal saja kau sanggup utk berusaha. Jika benar aku high taste tidak aku masih menyarung sepatu Bata, menjinjit beg galas sekolah, memandu kereta buatan Malaysia jauh sekali makan di warung kaki lima. 

Utk sang lelaki, kata high taste itu mungkin kelihatan dangkal bagi mu tapi mengertilah yg aku juga seperti wanita lain. Punya keinginan, punya kemahuan tapi apa yg aku mahu, apa yg aku inginkan aku usahakan sendiri. Aku tak minta kau sediakan, aku mampu adakan sendiri atas usaha ku. Apa yg aku perlu hanya sokonganmu. Galakanmu utk aku terus berjaya mengorak langkah. Aku lakukan semua ini kerana jika aku menjadi suri nanti aku tak mahu menyusahkanmu memenuhi kehendakku. Aku bisa adakan dgn usaha ku. Yg aku perlu, kamu. Kamu yg menyokongku.. Ikhlas dari hati.. :) 


P/s: maaf penulisan kali ini Agak lain Gaya bahasanya. InshaAllah akan kembali seperti biasa. Moga penulisan ini memberi manfaat. Satu kata, apa yg kita mahu kita bole usahakan. Ena sendiri buat 2 kerja utk ubah nasib, ubah diri, ubah kewangan dan kedudukan. Tak salahkan kita mencuba asal ikut cara yg betul. Niat ena nk membantu, agar kawan2 turut dapat merasa. Bagi peluang utk diri kita Berubah. Tak cuba kita tak tahu. InshaAllah sesiapa yg ingin tahu bole hubungi ena 016-3488354. Ena sedia berkongsi dan tunjukkan jalan. Selebihnya atas usaha anda dan kehendakNya.. :) 

No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute