Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT DATANG 2013 SELAMAT TINGGAL 2012..

Assalamualaikum wbt..

2013 sudah dtg bersame kite dan 2012 pergi meninggalkan kite. Suka duka tangis tawa 2012 jadikan kenangan utk kite kenang saat bejauhan.. Bagi ena sendr 2012 tahun paling mencabar sepanjang usia 24 tahun. Sampai terpikir terlalu berat  ujian Allah beri x tetanggung sendr. Tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi, mane mungkin di uji hamba-Nya yg tidak mampu. Segala yg berlaku 2012 ena jadikan pengajaran dan InsyAllah ade hikmah di sebalik semua itu..

Jan
Bulan2 terawal bekeje tempat baru. Awalnya semua ok rakan sekerja, kwn serumah, kehidupan bermula dgn lancar.. Anak buah ke 4 Muhamad Adiputera dilahirkan.
Feb
Bff zaman Ukm Maya menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah im happy 4 her n now she's waiting to her 1st baby! :)
Mac
Usia 24 menjengah. Pertambahan usia semakin banyak ujian. Besedia saja.. 
April
Percutian ke Krabi Thailand besame bff Izzati, Syamimi n Syuhada. Antara kenangan indah 2012.
Mei
Permulaan masalah tempat kerja. Bermula dgn wang dirompak n masalah lain menyusul seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Mencuba bertahan..
Jun
Masalah dgn 'dia' pula dtg dan x tau kenapa jadi begitu?? Masih jd tanda tanya sampai kini
Julai
'Dia' juga genap 24 tahun dan saat itu juga cerita kami terhenti. Tiada lagi cerita 'kita', yg tinggal hanya 'aku' dan 'kau'.. :') Namun berita gembira tetap ade tatkala dikhabarkan menerima kelahiran anak buah ke 5 Muhamad Najmi Azri.
Ogos
Ramadhan datang dgn harapan membawa sinar dan keberkatan. Syawal disambut penuh kesyukuran namun jiwa merintih dlm diam. Lalu pada siapa lagi harus diserahkan jiwa ini kalau bukan pada-Nya.. Syukur aku  ada Mu ya Allah.. :') 
September
Alhamdulillah tempat keje kembali pulih. Usahasama membuah hasil. Berkat sabar.. Mak pergi menunaikan haji.. Nursyafiy Rizki anak buah ke 6 lahir disambut penuh kesyukuran.
Oktober
Wan@nenek kembali ke rahmatullah dua hari sebelum Aidiladha. Kenangan lama mengusik minda tatkala arwah abah pergi sehari sebelum Aidiladha 3 tahun lalu. Anak buah ke 7 dan penutup bagi tahun 2012 lahir ke bumi dan nama diberi Muhamad Dashriq Afkar.
November
Hari2 dilalui semakin baik. Ujian buatkan diri makin kuat. Mungkin pada luaran saja kerna dlm hati hanya Allah yg tahu.. Mak kembali dr tanah suci dgn selamat. Alhamdulillah.
Disember
Percutian keluarga bersama mak dan aunty2 ke Jakarta-Bandung. Senang dpt membahagiakan mereka. Dan hari2 terakhir 2012 dilalui dgn penuh keceriaan sementala bff tesyg Nursyuhadah selamat bertunang dgn pilihan hati..

Itulah antara kisah suka duka ena lalui sepanjang 2012. Apa yg pasti dugaan 2012 sgt terkesan di hati hingga ke saat ini ena masih betanya 'betulkah semua itu telah aku harungi??' Satu yg ena tahu sekarang ni jiwa ena kosong. Mungkin benar kata seorang teman.. 'Cinta kau yg hilang tu buat kau jd lemah. Kau seperti tiada jiwa' 

Jawapan utk itu wahai teman.. 'Iya mmg kerana cinta itu aku jd seperti tiada jiwa kerana dia adalah sebahagian dr jiwa aku dan bila dia pergi dia bawa sekali jiwa itu'.. Tapi jgn risau wahai teman kerana selagi aku masih benafas aku masih mampu utk terus hidup kerana aku masih punya Dia.. Dia yg tetap bersama ku saat suka duka dan selagi aku ada Dia tiada apa perlu aku risaukan kerana Dia yg Maha Esa tahu apa utk ku. Padamu teman aku mohon doakan semoga suatu hari nanti 'aku dan dia' tetapkan akan bersatu. Dan jika bukan dia jodohku aku mohon doakan jodoh yg baik yg mampu membimbingku ke jalan-Nya. Yg paling penting mohon doakan kebahagian ku dan aku mampu menghadapi hidup ini. InsyAllah doaku mengiringi kamu juga..

Utk 'kau' aku doakan kau bahagia dan berjaya seperti mana yg engkau mahu. Seperti pernah aku katakan sebelum ini.. 'kau tetap sahabatku dunia akhirat' walaupun mungkin saat ini aku telah jauh dr dirimu malah bukan siapa2 yg perlu kau peduli..

Pada 2013 aku harapkan semoga Allah berikan sinar bukan utk diriku saja malah utk seluruh umatnya. Semoga aku x lupa pada-Mu dan sentiasa mentaati-Mu.. Amin..

Selamat datang 2013 dan Selamat tinggal 2012!

No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute