Friday, January 18, 2013

LIRIK LAGU CERITA DIA..OST DRAMA RUBY TV3



Sempurna
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya

Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah

Rela ku tunggu 
Jawapanmu
Masihkah aku ada
Di hatimu..saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Sampai nanti
Oooo.oooo..ooo

Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini

(Chorus)
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Sampai nanti
Oooo.oooo..ooo

Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini

By: Drama Band 

Sinopsis Drama Ruby TV3
Sumber: ajumohit.com
Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. 

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato' Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato' Kamal menguruskan Empayar Ruby. 

Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?


 

No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute