Thursday, January 31, 2013

MENCARI KEREDHAAN: REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBU BAPA..

Assalamualaikum Wbt..

Arini ena nk share dgn kawan2 pasal topik Mencari Keredhaan.. Cari redha sape?? X lain x bukan redha Allah SWT.. Lepas dah kaji sikit, cari sumber yg betul dapat ena buat kesimpulan. Sebelum tu fyi, ni sume dr sudut pandangan ena. Orang lain mungkin ade pandangan or pendapat masing2.. :)

Rasulullah SAW pernah bersabda;
'Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa..'

Dari hadis ni kte dpt paham secara langsung topik arini, bahawa hubungan anak dgn ibu bapa memiliki kaitan dgn hubungan kpd Allah. Senang kata kalo seorang anak tu buat baik dgn ibu bapa sehingga mereka redha, maka Allah juga akan redha kpd anak tu. Tapi kalo seorang anak itu berbuat jahat kpd ibu bapa sehingga menimbulkan kemurkaan/kemarahan ibu bapa maka Allah juga akan murka..

Simple kan like karma what goes around comes around.  Even nampak simple tapi kadang2 benda2 macam ni la kte salu terlepas pandang. Ena bagi contoh paling mudah: Ibu bapa si Z tak benarkan si Z ni keje jauh dari family nk Z keje dekat2 je. Tapi Z ni degil nak jugak keje jauh. Katenye nak hidup bedikari gitu.. Kte sebagai orang luar kalo tgk situasi ni mesti rase  cam xde pape kn. Kire x jadi isu pun but den sbg ibu bapa Z mesti nak tgk anak dorang depan mata kan. So camne benda2 camni bole libatkan keredhaan Allah dan ibu bapa??

Let's see together! 1st dari awal lagi ibu bapa Z dah x nak anak dorang keje luar dari situ je dah nampak ibu bapa x redha. So macam mane Z ni nak dapat redha Allah kalo redha ibu bapa pun x dpt lagi. Dan dari redha ibu bapa ni jugak la membawa kpd hal2 lain. Camne tu?? Korang cuba pk agak2 kalo ibu bapa Z ni dah x redha agak2 senang x Z ni nk dapat keje.. Or senang x hidup Z ni nanti.. Cuba korang pk kn...

Dan sebab2 hal mencari keredhaan Allah dari keredhaan ibu bapa ni la banyak keputusan ena buat sekarang lain dr plan asal. Even ena rase plan ena tu dah cukup bagus kire kalo follow plan tu insyaAllah bejaya la hendaknya. Tapikan sape la kte utk menidakkan perancangan Allah. Kadang2 kite rase plan kte dah cukup bagus tapi kite lupa perancangan Allah tu lagi baik utk kite. Mungkin tidak sekarang tapi utk masa akan dtg n dat's wat we call hikmah..

Jujur ena katakan hati ena hancur, jiwa x payah cakap memang dah mati.. Ye, mungkin agak keterlaluan tapi itulah kenyataan. Apa guna kite sebagai anak buat sesuatu benda tapi x dpt redha ibu bapa. Konfem la x ke mane apatah lagi nak bejaya. So biar pahit macam mane pun kena telan asalkan hal kite buat dapat keredhaan Allah insyaAllah kite x susah n xkan kecewa. Asalkan segala suruhan ibu bapa kite tu x melanggar perintah Allah seperti hadis berikut:

'Menjadi kewajipan seorang muslim utk mendengar dan taat dlm perkara yg disukai mahupun yg dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh utk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya..'

Jelas dr hadis ni tunjuk kita hanya perlu mentaati/ikut cakap ibu bapa selagi mana x libatkan perkara maksiat. Contoh perkara maksiat tu like galakkan kite g disko ke. Tapi kalo ikut logik akal waras ade ke ibu bapa nak anak2 dia buat perkara2 maksiat?? Konfem x la kn.. So kite sendiri bole pk mana yg baik n buruk. Masalahnya kite ni sebagai anak biasanya lebik ikut hawa nafsu dr akal fikiran n iman. Selalunya kata2/nasihat ibu bapa tu even pahit or kite xle terima tapi sebenarnya amat baik utk kite. Percayalah memang mula2 kite sukar nak terima tapi lama2 bila kite dah sedar baru kite tau ibu bapa hanya nak yg tebaik utk anak2 mereka..

Ena x nak tulis panjang2. Kita sebagai anak yg masih ade ibu bapa ni cari la redha mereka kalo nak dapat redha Allah. X rugi malah hidup akan diberkati. Like ena sendiri jujur ena tepaksa ketepikan perasaan sendiri utk ni. Sakit memang sakit tapi ena percaya redha Allah hanya akan ada bila ada redha ibu bapa. Doa ibu bapa tu mustajab..

Mak semoga mak terus meredha usaha adik. Dan utk kamu, kita x pernah salah dalam membuat keputusan..






Friday, January 18, 2013

LIRIK LAGU CERITA DIA..OST DRAMA RUBY TV3



Sempurna
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya

Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah

Rela ku tunggu 
Jawapanmu
Masihkah aku ada
Di hatimu..saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Sampai nanti
Oooo.oooo..ooo

Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini

(Chorus)
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Sampai nanti
Oooo.oooo..ooo

Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu
Saat ini

By: Drama Band 

Sinopsis Drama Ruby TV3
Sumber: ajumohit.com
Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. 

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato' Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato' Kamal menguruskan Empayar Ruby. 

Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?


 

Monday, January 14, 2013

KONPIUS....

Assalamualaikum..

Beli x beli..Beli x beli.. Ok dalam delima..Kena pk btol2 ni..Demi masa depan..Hidup dan mati..Eh! Ok konpius sudah! T______________T

Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT DATANG 2013 SELAMAT TINGGAL 2012..

Assalamualaikum wbt..

2013 sudah dtg bersame kite dan 2012 pergi meninggalkan kite. Suka duka tangis tawa 2012 jadikan kenangan utk kite kenang saat bejauhan.. Bagi ena sendr 2012 tahun paling mencabar sepanjang usia 24 tahun. Sampai terpikir terlalu berat  ujian Allah beri x tetanggung sendr. Tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi, mane mungkin di uji hamba-Nya yg tidak mampu. Segala yg berlaku 2012 ena jadikan pengajaran dan InsyAllah ade hikmah di sebalik semua itu..

Jan
Bulan2 terawal bekeje tempat baru. Awalnya semua ok rakan sekerja, kwn serumah, kehidupan bermula dgn lancar.. Anak buah ke 4 Muhamad Adiputera dilahirkan.
Feb
Bff zaman Ukm Maya menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah im happy 4 her n now she's waiting to her 1st baby! :)
Mac
Usia 24 menjengah. Pertambahan usia semakin banyak ujian. Besedia saja.. 
April
Percutian ke Krabi Thailand besame bff Izzati, Syamimi n Syuhada. Antara kenangan indah 2012.
Mei
Permulaan masalah tempat kerja. Bermula dgn wang dirompak n masalah lain menyusul seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Mencuba bertahan..
Jun
Masalah dgn 'dia' pula dtg dan x tau kenapa jadi begitu?? Masih jd tanda tanya sampai kini
Julai
'Dia' juga genap 24 tahun dan saat itu juga cerita kami terhenti. Tiada lagi cerita 'kita', yg tinggal hanya 'aku' dan 'kau'.. :') Namun berita gembira tetap ade tatkala dikhabarkan menerima kelahiran anak buah ke 5 Muhamad Najmi Azri.
Ogos
Ramadhan datang dgn harapan membawa sinar dan keberkatan. Syawal disambut penuh kesyukuran namun jiwa merintih dlm diam. Lalu pada siapa lagi harus diserahkan jiwa ini kalau bukan pada-Nya.. Syukur aku  ada Mu ya Allah.. :') 
September
Alhamdulillah tempat keje kembali pulih. Usahasama membuah hasil. Berkat sabar.. Mak pergi menunaikan haji.. Nursyafiy Rizki anak buah ke 6 lahir disambut penuh kesyukuran.
Oktober
Wan@nenek kembali ke rahmatullah dua hari sebelum Aidiladha. Kenangan lama mengusik minda tatkala arwah abah pergi sehari sebelum Aidiladha 3 tahun lalu. Anak buah ke 7 dan penutup bagi tahun 2012 lahir ke bumi dan nama diberi Muhamad Dashriq Afkar.
November
Hari2 dilalui semakin baik. Ujian buatkan diri makin kuat. Mungkin pada luaran saja kerna dlm hati hanya Allah yg tahu.. Mak kembali dr tanah suci dgn selamat. Alhamdulillah.
Disember
Percutian keluarga bersama mak dan aunty2 ke Jakarta-Bandung. Senang dpt membahagiakan mereka. Dan hari2 terakhir 2012 dilalui dgn penuh keceriaan sementala bff tesyg Nursyuhadah selamat bertunang dgn pilihan hati..

Itulah antara kisah suka duka ena lalui sepanjang 2012. Apa yg pasti dugaan 2012 sgt terkesan di hati hingga ke saat ini ena masih betanya 'betulkah semua itu telah aku harungi??' Satu yg ena tahu sekarang ni jiwa ena kosong. Mungkin benar kata seorang teman.. 'Cinta kau yg hilang tu buat kau jd lemah. Kau seperti tiada jiwa' 

Jawapan utk itu wahai teman.. 'Iya mmg kerana cinta itu aku jd seperti tiada jiwa kerana dia adalah sebahagian dr jiwa aku dan bila dia pergi dia bawa sekali jiwa itu'.. Tapi jgn risau wahai teman kerana selagi aku masih benafas aku masih mampu utk terus hidup kerana aku masih punya Dia.. Dia yg tetap bersama ku saat suka duka dan selagi aku ada Dia tiada apa perlu aku risaukan kerana Dia yg Maha Esa tahu apa utk ku. Padamu teman aku mohon doakan semoga suatu hari nanti 'aku dan dia' tetapkan akan bersatu. Dan jika bukan dia jodohku aku mohon doakan jodoh yg baik yg mampu membimbingku ke jalan-Nya. Yg paling penting mohon doakan kebahagian ku dan aku mampu menghadapi hidup ini. InsyAllah doaku mengiringi kamu juga..

Utk 'kau' aku doakan kau bahagia dan berjaya seperti mana yg engkau mahu. Seperti pernah aku katakan sebelum ini.. 'kau tetap sahabatku dunia akhirat' walaupun mungkin saat ini aku telah jauh dr dirimu malah bukan siapa2 yg perlu kau peduli..

Pada 2013 aku harapkan semoga Allah berikan sinar bukan utk diriku saja malah utk seluruh umatnya. Semoga aku x lupa pada-Mu dan sentiasa mentaati-Mu.. Amin..

Selamat datang 2013 dan Selamat tinggal 2012!

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute