Thursday, November 8, 2012

TAK CIUM BAU SYURGA..PUTUSKAN TALI SILATURRAHIM..

Assalamualaikum..

Kawan2 pernah x korang rase bila behadapan dgn seseorang yg boleh memberikan kesan dlm hidup korang rase x nak jumpe orang tu lagi.. Or dalam kate lain korang rase baik putuskan hubungan silaturrahim/tali persaudaraan dgn dia. Tak kire la dgn adik beradik, saudara sepupu sepapat, kawan2, musuh or maybe ur ex-gf/bf.. Secara jujurnye ena sendiri ade tepk camtu. Manusia kan bila dlm keadaan emosi x stabil lagi2 tengah marah rase kalau behadapan dgn orang camni mati hidup balik pun x nak kan.hehe.. Amboi jauh betol pk..huu.. T_______________T Bila dah kembali waras,haha waras ko! =p biasanye kite akan pk balik betul ke tindakan kite tu..Rite? :)

Cam ena sendiri bila kena behadapan dgn orang yg beri impak dlm hidup especially bad influence ena rase nak buat2 x kenal, x nak tegur or paling baik putuskan terus hubungan dgn dia.. Tapi bila nak buat camtu ena rase cam x patut plak. N i got the reason y..  

"Tidak ada dosa yg lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yg dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim"
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Yeah, s a muslim ena kena pegang kpd perkara ni.. Ingatlah tak cium bau syurga barang siapa yg memutuskan tali siturrahim.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan drpd perkara sebegini..Even nafsu jahat ni kate better putuskan terus dgn orang yg menyakitkan ati ni dari perlu bepura-pura. Yeah, kalau ikut akal logik memang begitu lebih mudah tapi mengikut agama ade cara yg lebih baik..

Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali siturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

See simple kan kawan2.. Bila mane nafsu jahat ni pk nak putuskan hubungan silaturrahim dgn 'dia,dia dan dia' cepat2 lah beristigfar..InsyaAllah perkara ni tidak akan terjadi.. Kerna sesungguhnya tidak cium bau syurga barang siapa yg memutuskan tali silaturrahim..

Oleh itu ena dgn ni x jadi nak putuskan hubungan silaturrahim dgn 'dia,dia dan dia' itu.. Ena percaya kamu juga sama seperti yg lain sering melakukan kekhilafan antara sedar atau tidak. Mungkin selepas ini ena x lagi menghubungi kamu tapi tu x bermakna kamu dilupakan. Cukuplah sekadar ena mendengar khabar  kamu dari yg lain dan melihat kamu dr jauh. Kamu dikenang dlm doa. Dan ena tetap anggap kamu sahabat terbaik ena dunia akhirat walaupun kini mungkin ena dah takde nilai pada mata kamu. Jangan risau ena sudah maafkan kamu. N i know deep inside ur heart i still the one who u love most. Apa yg dah berlaku hanya aku, kamu dan Allah yg tahu.. 

"Barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yg demikian itu termasuk dlm perbuatan yg mulia"
(Surah asy-Syura [42]:43)

p/s: Ingat kawan2, tak cium bau syurga kalau putuskan hubungan silaturrahim.. Peringatan utk diri sendiri juga.. :)






No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute