Monday, October 29, 2012

AL-FATIHAH..

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha semua. Macam biasa ena salu telambat wish kan.hehe.. Maaf ye kali ni memang keadaan tak mengizinkan coz something happen. Wan @ nenek sebelah abah meninggal rabu lepas 24 Oktober 2012 bersamaan 2 hari sebelum raya haji. Ena rasa ralat sikit coz tak sempat jumpa arwah wan. Ena dah plan rabu amik half day then on the way balik Rawang terus singgah hospital Selayang ziarah wan. Fyi wan masuk wad selasa malam. Tapi apakan daya dah tertulis wan meninggal masa ena tengah drive balik. Dalam kete mesej Dila cousin ena tanya keadaan wan then Dila reply bagitau wan dah takde. Tekejut sgt time tu drive kete pun tak tentu arah rasa dengan jalan jem teruk. Bayangkan dari Bangi ke Selayang satu jam setengah patut tak sampai 40 minit pun. Menangis gak la dlm kete. Call adik beradik bagitau pastu boleh plak hp abis bateri. Adoi lagi laju la airmata ni turun. Time tu ena pk nak cepat sampai je.. Sampai hospital terus g bilik jenazah, makngah maksu paklang n sepupu ena ramai gak ade. Dalam setengah jam ena gerak balik Rawang dulu sementera tunggu jenazah sampai kat uma mamak@uncle. Sepanjang jalan balik ena rase lost sgt rase macam satu semangat dah hilang. Dgn mak takde tgh buat haji. Hmm, raya haji memang ade cerita utk ena. Kalau 3 tahun lepas arwah abah pergi tinggalkan kami sehari sebelum raya haji tahun ni wan pulak pergi. Raya ena memang takde sambutan. Kat uma tinggal sensorang lagi rase sunyi buatkan ena rindu 'dia'. Kalau dulu time ena sedih 'dia' dgn ena sekarang tak lagi. Dia takde utk ade sebelah ena bagi kata2 semangat. Tetiba rase sakit sangat. Ena di duga lagi. Duhai hati sabarlah. Allah tahu apa yg tebaik utk kau Ena. Janji Allah itu pasti...

Al-Fatihah utk arwah wan n abah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. R.I.P.. :')

No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute