Friday, September 21, 2012

KISAH PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL & HUSNA.. :)

Assalamualaikum..

After raya ni start musim kenduri kawin dah. Alhamdulillah kawan2 skola ena dlu pun next month 3 org kawin.. :) Pantas sggh mereka n dorang sume lelaki kot! :D Wah, penanda apakah ini?huu.. Ok dalam banyak2 majlis kawin ena paling suka majlis kawin Ustaz Don.. Sape Ust Don?? Ala yg ust fames kat Tv9 dgn program 30 minit bersama Ust Don..tau x?x tau sila google! :D 

Bila tengak majlis kawin yg  ikut syariat Islam alahai sejuk mata memandang. Walaupun kalo ikut kemampuan mereka mampu. But then besederhana itu lagi afdhal rite? :) Apa yg ena suka tentang majlis Ust Don dan pasangannya Husna adalah dlm suasana tenang dan ceria. FYI ena takde pun kat majlis tu juz tengok dr gambar2 on9 jgk. Tu la kuasa gambarkan bak kata omputih "picture can describe thousand words"..chewah! 

Serba sedikit cerita menarik sekitar majlis perkahwinan mereka...

1) Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah dan dimulakan dgn selawat
- Jarangkan nak tgk ade wedding wat camni. Byk dah ala2 mat saleh. Pasang lagu2 cinta ade.hehe..
2) Husna memakai inai di pergelangan sahaja iaitu bukan di tempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau makhluk.
-Now kan ramai pakai inai sampai ke siku or kat pergelangan kaki. Tak tuju sape2 ye ena pun kadang2 pakai gak.. T__________T
3) Mekap Husna tidak tebal sebab Ust Don kata dia kawin dengan Husna sebab diri dia sendiri. So dia tak nak Husna jadi orang lain dengan mekap tebal2 n pakai bulu mata palsu..
-Bab ni sangat menarik. Yela wedding sekarang bab mekap paling penting kot sampai sanggup bayar mekap artis sampai beribu2..Lain orang lain cara x salah kot asal jgn belebih2.. :)

4) Ust Don tak pakai inai sebab katanya lelaki hanya pakai inai untuk tujuan perubatan sahaja.
-Ok yang ni bole praktikkan. Pasni lelaki xya pakai inai la ye.. :)
5) Lepas selamat di ijabkabul Ust Don minta izin dari keluarga kedua belah pihak utk Husna solat sunat bersamanya..
-Part paling ena suka! :) How sweet when 'halal couple' make a prayer together! Baru la cinta sampai ke jannah.Amin.. :)
6) Sebelum sarung cincin ke jari Husna, Ust Don pegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya..
-Orang kite panggil batal air sembahyang kan. Salu kte tengok yg perempuan juz salam cium tangan n lelaki plak cium dahi isteri. Ok nanti ena nikah nak suh suami buat camni jgk!hahaha..
7) Takde sesi bersanding or merenjis, pelamin sekadar utk begambar.
-Jarang sangat la nak tgk wedding sekarang xde besanding bagai kan. Kalo dlu belah2 utara n pantai timur tak buat now pun ade dah. Ni la satu2 perkara kalo ena kawin ena takmo buat. Dah cakap dgn mak kalo ena kawin takmo sanding2. Can't imagine myself dok atas pelamin,org pandang2,den kena cover2 sambil senyum2 malu.Huh,tidakkkkk.!!! Mak tak setuju tapi ena akan cuba pujuk lagi.huu..

8) Sume hantaran dari dua2 pihak hanya barangan makanan. Pengantin nak share kegembiraan dgn seluruh family bila buka makanan tu. Tujuan ni jugak kerana pengantin tak mahu Al-Quran diletakkan 1 level dgn hantaran like kasut/beg etc..
-Alamak tekena batang hidung sendiri! T___________T  ok babai Chanel beg! Babai Ferragamo shoe! *lambai tangan sambil buat muka sedih!.* Betuah la bakal suami ku.. :D

Lagi gambar mereka. So sweet! Rasa nak kawin la plak!haha.. Tapi how come la kan. Calon pun takde! T_____________T 




Utk bakal2 pengantin bole la amik mane2 yg bole diiukt ye.. :)

p/s: sumber gambar dr Google.. tq! :)

5 comments:

Rara Nasiha said...

sangat cute. betul-betul mengikut cara islam :)

cik ENA said...

btol! super adorable kn! :) pasni sape2 nk kawin bole ikut syariat plak.lebih afdhal..
neway tq rara singgah blog kte! :)

Own Studio Artwork said...

Inyaallah akan menjadi panduan kita berlandaskan Islam seluruhnya...

cik ENA said...

insyaAllah..perkara yg baik jadikan panduan.. :)
tq ziarah blog sy @Own Studio Artwork.. :)

Kyle Edward said...

Alhamdulillah, bagusnye!!! Nak sangat wat majlis seperti ustaz don dan husna, cuma tulah, hrp sgt makayh setuju, susahnyelah nak pisahkan adat dan agama

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute