Friday, September 28, 2012

BERSYUKURLAH WALAU BUKAN DENGAN DIA.. :')

Assalamualaikum..

Hmm, dah 3 malam beturut2 ena mimpi 'dia'. Suasana bebeza tp jalan cerita sama. Lame dah tak mimpi 'dia' sampai penah bedoa jumpe dlm mimpi pun takpe janji dpt tgk 'dia' lagi. Alhamdulillah Allah kabulkan.. :') Bila pk2 kan pasal mimpi tu ena nak share lagi entry menarik ni dgn korang.. Dan utk diri sendr 'La tahzan!.' Hadapi dgn senyuman.. 


"Ketika Tuhan mengambil sesuatu daripada genggamanmu,
Sedarlah bahawa DIA sebenarnya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik..."

Jangan kerana kita tidak memiliki apa yang kita hajati,
kita terus melupakan beberapa nikmat ALLAH yang telah kita miliki.

Berbahagialah dan Bersyukurlah
dengan nikmat-nikmat Allah... :)

tq! :) 

Semalam anta mak kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.Sume adik beradik n ipar kecuali fmly abg syafik coz k.lin dlm pantang lagi.. Hmm sayu je rase.Lame mak g haji 46 hari. Time balik salam mak siap peluk terus menangis tanpa sebarang kate. InsyaAllah ena ingat sume pesan mak. Doakan mak dpt haji mabrur selamat pegi selamat kembali. Syg mak sgt2! :') 
Ade 1 kejadian tak best kat sini. Time amik wuduk nak solat magrib ena tetinggal jam kat toilet. Tak sampai 5 minit nak g amik tengok dah takde. Sedih sgt rase. Bukan sebab harga jam tu tapi sebab sentimental value jam tu sendiri. Jam tu hadiah pemberian 'dia' sempena buzday ena tahun ni n last present.Kenangan... Like my SIL said, bukan rezeki awak dik, sabar.. Rase besalah sgt sebab baru setgh tahun pakai.Ena careless! :') Awak sy mintak maaf sebab tak jaga jam tu elok2. Ade duit nanti sy akan cari jam yg sama utk ganti. Utk sape2 yg jumpe jam tu tolong jaga baik2..macam la org yg jumpa tu baca blog ko ena! T_____________T 

Tuesday, September 25, 2012

SEINDAH CINTA ISLAM..

Assalamualaikum para kekasih Allah!

Ececeh lain pulak bagi salam kali ni. Takpe sekali sekala tukar kan.hehe.. Actually ena share dgn korang 1 blog ni. Ena jumpe time google mutiara kata camtu la. Blog ni nama www.seindahcintaislam.blogspot.com .. Ape yg menarik tentang blog ni selain mutiara kata ala2 islamik dia ade bagi cerita menaik semangat. Bagi ena sgt bagus la kan lagi utk org macam ena yg jiwa tgh agak kacau ni! bahahaha.. Mengaku juga akhirnya.. T________T  Tapi Bagus bagi ena belum tentu bagus bagi korang. So kalo nak tak tahu korang bole terjah blog dia.. :)

Ade 1 entry ni ena suke sgt..Macam tekena batang hidung sendiri..gituuu... ^^ Entry ni ena copy saje mohon share tuan blog n ena credit pada www.seindahcintaislam.blogspot.com



"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati ..."


"Akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG,
bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya,
tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya,
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..."

___________________________________________________

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

___________________________________________________

"CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB,
ianya perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin,
CINTA itu adalah FITRAH,
setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai,
tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN..."

___________________________________________________

"Mencintai tidak semestinya memiliki,
Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..."

___________________________________________________

“Ubat rindu ialah Sunat Hajat,
Ubat cinta ialah sunat Tahajjud,
Ubat dosa ialah Sunat Taubat,
Ubat penyakit ialah Selawat”.

bersama kita suburkan cinta dibumi Allah,
-seindahcintaislam...:)

Friday, September 21, 2012

KISAH PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL & HUSNA.. :)

Assalamualaikum..

After raya ni start musim kenduri kawin dah. Alhamdulillah kawan2 skola ena dlu pun next month 3 org kawin.. :) Pantas sggh mereka n dorang sume lelaki kot! :D Wah, penanda apakah ini?huu.. Ok dalam banyak2 majlis kawin ena paling suka majlis kawin Ustaz Don.. Sape Ust Don?? Ala yg ust fames kat Tv9 dgn program 30 minit bersama Ust Don..tau x?x tau sila google! :D 

Bila tengak majlis kawin yg  ikut syariat Islam alahai sejuk mata memandang. Walaupun kalo ikut kemampuan mereka mampu. But then besederhana itu lagi afdhal rite? :) Apa yg ena suka tentang majlis Ust Don dan pasangannya Husna adalah dlm suasana tenang dan ceria. FYI ena takde pun kat majlis tu juz tengok dr gambar2 on9 jgk. Tu la kuasa gambarkan bak kata omputih "picture can describe thousand words"..chewah! 

Serba sedikit cerita menarik sekitar majlis perkahwinan mereka...

1) Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah dan dimulakan dgn selawat
- Jarangkan nak tgk ade wedding wat camni. Byk dah ala2 mat saleh. Pasang lagu2 cinta ade.hehe..
2) Husna memakai inai di pergelangan sahaja iaitu bukan di tempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau makhluk.
-Now kan ramai pakai inai sampai ke siku or kat pergelangan kaki. Tak tuju sape2 ye ena pun kadang2 pakai gak.. T__________T
3) Mekap Husna tidak tebal sebab Ust Don kata dia kawin dengan Husna sebab diri dia sendiri. So dia tak nak Husna jadi orang lain dengan mekap tebal2 n pakai bulu mata palsu..
-Bab ni sangat menarik. Yela wedding sekarang bab mekap paling penting kot sampai sanggup bayar mekap artis sampai beribu2..Lain orang lain cara x salah kot asal jgn belebih2.. :)

4) Ust Don tak pakai inai sebab katanya lelaki hanya pakai inai untuk tujuan perubatan sahaja.
-Ok yang ni bole praktikkan. Pasni lelaki xya pakai inai la ye.. :)
5) Lepas selamat di ijabkabul Ust Don minta izin dari keluarga kedua belah pihak utk Husna solat sunat bersamanya..
-Part paling ena suka! :) How sweet when 'halal couple' make a prayer together! Baru la cinta sampai ke jannah.Amin.. :)
6) Sebelum sarung cincin ke jari Husna, Ust Don pegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya..
-Orang kite panggil batal air sembahyang kan. Salu kte tengok yg perempuan juz salam cium tangan n lelaki plak cium dahi isteri. Ok nanti ena nikah nak suh suami buat camni jgk!hahaha..
7) Takde sesi bersanding or merenjis, pelamin sekadar utk begambar.
-Jarang sangat la nak tgk wedding sekarang xde besanding bagai kan. Kalo dlu belah2 utara n pantai timur tak buat now pun ade dah. Ni la satu2 perkara kalo ena kawin ena takmo buat. Dah cakap dgn mak kalo ena kawin takmo sanding2. Can't imagine myself dok atas pelamin,org pandang2,den kena cover2 sambil senyum2 malu.Huh,tidakkkkk.!!! Mak tak setuju tapi ena akan cuba pujuk lagi.huu..

8) Sume hantaran dari dua2 pihak hanya barangan makanan. Pengantin nak share kegembiraan dgn seluruh family bila buka makanan tu. Tujuan ni jugak kerana pengantin tak mahu Al-Quran diletakkan 1 level dgn hantaran like kasut/beg etc..
-Alamak tekena batang hidung sendiri! T___________T  ok babai Chanel beg! Babai Ferragamo shoe! *lambai tangan sambil buat muka sedih!.* Betuah la bakal suami ku.. :D

Lagi gambar mereka. So sweet! Rasa nak kawin la plak!haha.. Tapi how come la kan. Calon pun takde! T_____________T 




Utk bakal2 pengantin bole la amik mane2 yg bole diiukt ye.. :)

p/s: sumber gambar dr Google.. tq! :)

Wednesday, September 19, 2012

SAKIT! KENAPAKAH???

Assalamualaikum..

Lately takle nak tido awal salu ena paling lambat pun pkl 1 dah telelap. La ni tak pkl 4 pun mata celik lagi segar bugar.hahaha.. Baring atas katil dok tegolek kiri kanan pusing sana sini still mata takmo pejam.huuu..sadis! T_______________T 

Asal malam je mata ni segar kadang2 dekat subuh baru nk tido padahal esok nak kena bangun pagi keje.Ape kes ni??!  Adoi masak2.. T___________T  Rase cam dah tekena penyakit Insomnia. Penyakit ape tu? Hah,sila google!hehe.. Tapi ena rase kan takle tido ni sebenarnya sebab banyak sangat pk + dgn masalah dtg betimpa2. Cam peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Den tegolek dog! Ok yg tu ena tambah! :D Bila dah takle tido mula la migrain plak datang. Ni satu lagi masalah. Migrain ena tahap kronik ok bukan light2 lagi dah. Stok kalo kena tu memang akan muntah2 sampai lembik. Pale plak sakit ya amat sgt rase nak meletup sampai rase nak hantuk kat dinding.Bole?? Silakan ena! huu.. Paling tak tahan ubat plak khas hanya bole dpt hospital pas refer doc. Memang takde la nak dpt beli2 farmasi. Aclty ena refer doc pakar Neurologi Hukm since zaman study lagi. If telan ubat bese like Ponstan (betul ke eja??) or Cafergot memang tak jalan pun. Kalau ikutkan ubat doc tu ena kena makan ari2 bukan time sakit je n time period pun ade ubat khas kena makan. Tapi ena kn degil mane nak makan ubat ala2 stok gula2 ni.huu... Makan ikut sedap tekak n bila rase2 agak2 nak mamp...!hahaha... Mane la tak bepenyakit. So hadap la ko ena hazabnye sensonrang yek! Phewww.. 0ooo mate ooo mate tolong pejam n tido dgn lena. Otak sudah penat tapi mate takmo lelap! @_@

SALAM AIDILFITRI.

Assalamualaikum wbt..

Dah 3 minggu raya baru nk wish la kan!hahaha..Xpela ena janji ade jgk... Malu pd diri sendr.. *tunduk malu..* T________T  Di kesempatan ni ena nak minta maaf salah silap kalau ade tesalah tulis yg buat korang terase.. Ececeh cam ramai la baca blog ko ni..Puiii.. ^^  Ahh x kisah la kn yg penting niat nak bemaafan tu ade. Gitu.. Ok korang Salam Aidilfitri. Makan kuih raya ingat2 la ena n kalo ade duit raya lebih mai la pas2 sini sket.hehe..
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute