Wednesday, March 14, 2012

TENANG DI SANA..

Salam..

Kelmarin ena dikejutkan dgn berita kematian seorang rakan UKM arwah Zara Elena Omar Peter bersama ayahanda. Kemungkinan kedua2 arwah di bunuh oleh suspek yg dikenali. Now kes arwah masih dlm siasatan n kes ni kuar masuk berita surat khabar, tv n radio. Sedih sgt x sangka arwah pergi terlalu cepat. Walaupun ena bukan la kenal rapat  dgn arwah tapi arwah pernah tolong ena. Time tu ena n group course Kepimpinan ade assigment kena interview salah seorg doktor kt Fakulti Perubatan UKM KL. Kami xde transport nk g so arwah yg tlg anta kami ke sana n tunggu sampai kami abis n den anta pulang ke ukm bangi. Baik kan arwah sanggup tlg kami yg arwah x kenal pun. Dgn keadaan arwah yg oku tapi still sanggup tlg kami. Jasa baik arwah Allah saje yg balas. Ena doakn semoga arwah dan ayahanda tenang di sana. Sapa2 yg baca post ni tlg sedekahkan al-Fatihah utk mereka ye.. Most of all ena nak penjenayah ni ditangkap secepat mungkin. Suka2 ati je bunuh org! Ingat ape nyawa ni boleh buat main eh?? R.I.P.. Al-Fatihah.. :'(

Arwah Zara Elena Omar Peter..

Berita arwah di akhbar.. (Harian Metro)

Pesara, pensyarah ditemui mati

PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.
Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.


“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.

“Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

“Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.


No comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute